KASIH YANG TERCIPTA ANTARA KITA

Monday, November 30, 2009

CUTI KEMBALI LAGI

hati yang sedih dihiburkan.... 7hb 12 aku akan balik jb. rindu jb tapi pelbagai rasa ada. lagi-lagi menunggu keputusan sesuatu...








tengok la... hahaha













sejuk sangat-sangat kat kudasang ni. baru kul 4 tapi dah sejuk. perjalanan amat menakutkan. penat tapi udara nyaman yang sangat segar.









di sini ada beberapa tempat menarik. setiap tempat kena bayar rm3. tapi semua ok. cantik sangat-sangat. keindahan alam semula jadi yang manawan hati.





antara kandid menarik di Kinabalu National Park. belakang tu gambar gunung kinabalu. tak larat nak naik cari bunga reflesia.















Cuti sekolah datang balik. sekarang aku tak la balik johor lagi. ambik kesempatan bercuti bersama suami di sekitar sabah ni. hehehe..


























Saturday, September 26, 2009

Wednesday, September 9, 2009

SAMBUTAN HARI MERDEKA SEKOLAH AKU

SEMPENA HARI MERDEKA. ADA LA BEBERAPA AKTIVITI. PUNYA LA BEST TENGOK GELAGAT SEMUA. TERMASUK SEMUA GURU-GURU SK GADONG. TERIMA KASIH LA...
MACAM-MACAM RAGAM. DARI MURID SAMPAI KE GURU KELAS. BERSEMANGAT UNTUK MENANG. HADIAH TAK LA PENTING. YANG PENTING SEMANGAT MEREKA.

WAJAH2 PEMENANG LA..



JOHAN KELAS TERCANTIK. CANTIK KER???? HEHEHE. DIA ORANG NI KREATIF. SIAP BUAT GERAI LAGI DALAM KELAS. BERSAMA CIKGU SALMIAH. TAHNIAH!!!








TEMPAT KE 2 PERTANDINGAN KELAS TERCANTIK.
BERSAMA CIKGU ROSDIAH... (MERANGKAP KELAS AKU GAK WALAU TAK BUAT APA)










PEMENANG TEMPAT KE 3 KELAS TERCANTIK
BERSAMA CIKGU SITI FAUZIAH






SAMBUTAN HARI MERDEKA DAN BULAN RAMADHAN. GURU KENA LA MUAFAKAT DALAM SEMUA HAL. KAMI SEDIKIT TAPI KAMI BERSATU DAN BERKERJASAMA. NI LA ORANG KUAT SEKOLAH KAMI. BERSAMA GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN.

NILAH WAJAH-WAJAH ANAK MURID KESAYANGANKU. WAJAH YANG MEMBERI KETENANGAN. MENGUBAT RASA SUNYI DI HATI.





TAHUN 3





TAHUN 2




TAHUN 4B






TAHUN 1




TAHUN 6










TAHUN 5A














TAHUN 4A














TAHUN 5B






"ILMU SENI PERSEMBAHAN TETAP MEMBANTU AKU WALAU AKU SEORANG GURU"
























PERJALANAN KE LABUAN

DAH TERLANJUR DI SEBERANG LAUTAN KAMI PLAN UNTUK PUSING SELURUH SABAH DAN SARAWAK. NAK MELENGKAPKAN PENJELAJAHAN AKU YANG KONONNYA CUMA BELUM SAMPAI LABUAN. AKU PUN G LAH. PERGINYA AKU KE LABUAN BERMAKNA LENGKAPLAH HIDUP AKU MENJELAJAH SEMUA NEGERI DI MALAYSIA NI. HEHEHE.. LABUAN OK GAK. KECIK JE. BANDAR YANG TERANCANG. MACAM SIKIT SINGAPURA PUN ADA. KAT SINI ROKOK, ARAK DAN COKLAT JE ADA MURAH SIKIT. SEBAB AKU TAK MINUM ARAK DAN SUAMI AKU TAK MEROKOK... COKLAT AJE LA BOLEH BELI. SO BORONG COKLAT AJE LA...



NI LA FERI AKAN MEMBAWA KAMI KE LABUAN... BUKAN BESI BURUK TAU.
















JETI MENUMBOK MENGHUBUNGKAN NEGARI SABAH DENGAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.























DI DALAM BOT LAJU. TAKUT SANGAT. AKU PEGANG TANGAN SUAMI TAK LEPAS. HUA NAK MENANGIS AKU RASA. TAPI SEJAM SETENGAH DAH PUN SAMPAI. PUNYA LA LAJU. NAMA PUN BOT LAJU.
































TITANIC LA KONONNYA.....
KEPALA DAH SEMAKIN PENING...
















Kemana la menghilangnya suami.. rupanya berangan di atas FERI...



























TAK ADA KERJA NAK BUAT...







aku dan suami ke Labuan. saje je la berjalan-jalan nak tengok hebatkah labuan... masa perjalanan dengan feri punya la jauh. 3 jam... hua... macam melaka ke johor. sengsara aku dibuatnya. pening dan macam nak muntah.

SESIAPA YANG NAK G LABUAN.. JOM LA...

MAKNA INDAHNYA SYAWAL

AL-FATIHA BUAT NENEK TERSAYANG..

2 hari sebelum balik kg, aku kehilangan insan yang aku sayang. sehari sebelum ramadhan menemui kita. apalah yang mampu dilakukan oleh cucu yang jauh diperantauan. hanya doa mengiringimu. tanggal 20 ogos 2009. aku tidak dapat melelapkan mata. jam 4.25 pagi, aku menerima panggilan dari abah di kampung. nenek yang kusayang telah tiada. termenung seketika di atas katil. lantas tidur yang baru 2 jam langsung tidak terasa. aku bangun lalu membaca yassin. beberapakali aku tertunduk menahan sebak. apalah erti ramadhan ini...

tahun ini baru kali pertama aku beraya dengan suami namun tahun ini aku kehilangan sseorang yang amat bermakna dalam hidupku. terdengar suaranya yang memanggil. tawanya... jeritannya.. senyumannya... terlalu rindu..

22 ogos 2009... aku tiba di lapangan terbang sultan ismail. keluarga mertuaku menanti dan petang itu aku terus ke kampung. bila kaki ini melangkah terasa sunyi... sedihnya hati. aku tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir.

pagi itu aku kekubur. ku renung pusara itu... YA ALLAH... KAU AMPUNILAH DOSANYA DAN KAU TEMPATKANLAH DIA DITEMPAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

"BUATMU NENDA ROMLAH BINTI HJ SIDEK"

Sunday, August 2, 2009

BENGKEL MUZIK DAERAH BEAUFORT

hasil penat lelah 2 hari. maka terhasilah mini orkestra sekolah menengah daerah Beaufort. dalam projek Saga. tengok dia orang rasa teruja pula. rasa bertapa hebatnya subjek muzik di negeri sabah ni. semua sekolah ada kehebatan masing-masing. aku bangga dapat belajar sesuatu. tengok dia orang teringat budak-budak muzik UiTM dulu. relax n slumber. teringat gak kawan-kawan yang pakar dalam bidang muzik. ramai yang dah jadi artis. tapi walau apapun aku tetap sayang seni persembahan. segalanya aku kenang. yang indah dan tak mungkin ku lupakan walau seketika. aku akan terus belajar....

















cIKGU mARDIANA NI satu maktab dengan aku. dia memang handal main klarinet. em walaupun sekolah dia terpaka naik sampan tapi dia tetap tabah... kesian gila kalau tengok seksaan dia untuk ke sekolah. aku pun tak sanggup tapi semua kena laluinya. biarla bersusah asal kita gembira.



















Cikgu Rahim ni dari SMK Beaufort. dia dengan anak didiknya. macam P.Ramlee la tu dalam Ibu Mertuaku... harap-harap tak ada la yang jadi buta.
































inilah cikgu Alex. mula-mula jumpa masa kursus ingat bujang. rupanya sudah beranak pinak. paling sentimental kalau bercakap. dia mengajar di SMK ST Patrick. tapi kagum la tengok bilik muzik dia. punya la hebat... dia pun guru yang hebat. sebelah tu Cikgu Jukin. sama la juga hebatnya. nampak macam relax je tapi bila peti gitar. boleh gegar la dewan...

























bersama Cikgu Rotiwa dari SK Kepawa. mula-mula punyala takut dia orang ni. banyak kali buat salah tapi dia orang ni hati cekal. tak berhenti-henti walau salah. usaha tangga kejayaan. tapi lepas tu tak mau berhenti. lagi jejaka yang sorang ni. makin ramai yang tengok makin banyak skill pula dia tunjukan. kalau tak asyik kata. aku tak tau...
































ini adalah kaki pukul paling cool. senyum je tak bersuara tapi bila dia mula memukul kita pun terkejut. punyala hebat. tanpa kata tapi dia bersuara melalui pukul-pukulan hebatnya.





































inilah antara pelajar-pelajar sek men yang handal main gitar. mereka ada kemahiran yang tak perlu di ajar teruk-teruk pun. terpegun seketika dengar dia org memetik gitar. relax jer....














APAPUN BENGKEL NI MEMANG BEST!!!!



Friday, July 17, 2009

25.10.2008



ANA,AYZA,INA DAN KILA