KASIH YANG TERCIPTA ANTARA KITA

Saturday, April 18, 2020

MR GABAN SAYA

MR GABAN SAYA 
(BAB 1)

TIT... TIT.. TIT..
    Alarm berbunyi. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Mata terasa perit. Hari ini hari pertama daftar untuk tingkatan 6. Malas. Perasaan itu yang nyatanya.
" Kak... bangun..." terdengar ketukan pintu beberapa kali.
" Ye mak..." Aku gagahkan kaki bangun. Mengemas katil lalu turun ke bawah untuk mandi. Bersiap untuk ke sekolah. Hari pertama perjalanan ke sekolah yang agak mencabar memandangkan kelas Tingkatan 6 jauh di pekan lain. Kali pertama menunggu bas bergerak. Dalam 45 minit, aku sampai di stesen bas dan kemudian berjalan kaki ke sekolah. Aku bersama beberapa rakan baik ku melaporkan diri ke tingkatan 6. Ini bukan pilihan terbaik tapi ini sahaja jalan untuk teruskan impian menuju kejayaan. Walau pemegang SPM pangkat 1, mungkin rezeki ke menara gading bukan rezeki kami.

Kaki ku melangkah tenang. Beberapa wajah memang aku kenali kerana dari sekolah yang sama walau bukan sekelas. Kelas agak kecoh. Daripada 17 orang murid, hanya 4 orang lelaki dan selebihya adalah perempuan.

" Assalamualaikum... nama saya Roniza. Boleh panggil Cikgu Niza. Tahniah sebab awak semua terpilih untuk jadi kumpulan pertama tingkatan 6 bawah. Buat masa ini, inilah kelas kita kalau ada rezeki kita akan tunggu kumpulan rayuan. Jadi selamat datang semua." Aku hanya memandang wajah Cikgu Roniza dihadapan. Lawa. Muda. 

" Baiklah... kita mulakan dengan sesi suai kenal ye. Mula dengan awak." Cikgu Roniza menunjuk ke arah budak lelaki tepi tingkap. Budak tinggi lampai yang memang aku tidak kenal.

" Nama saya Khairullah. Boleh panggil saya Hairul. Saya dari SMK Layang-layang.." Lelaki itu bersuara memperkenalkan diri. Aku menjeling tajam.
" Hairul? Benci betul aku dengan nama tu..." Rohaiza menyiku lengan aku. Aku memandang dia. 
" Kuat sangat ke aku cakap?" Rohaiza tersenyum. Aku tengok mata tajam lelaki itu tepat memandang wajahku. Nampak sangat tajam dan membuatkan aku menundukan kepala. 
" Tak payahlah cakap kuat sangat kalau benci pun dengan nama tu. Satu kelas kot dengar.." Rohaiza berbisik perlahan. 
"Serius ke? Mana aku sedar." Aku kembali berbisik kepada Rohaiza. Sesi suai kenal diteruskan lagi. Selebihnya adalah yang hampir tujuh puluh peratus aku kenal.

Waktu rehat dikantin sekolah baru ini terasa asing. Berbeza dengan sekolah lama. Kenakalan di sekolah lama kena simpan elok-elok. Maklumlah ramai juga cikgu yang menjadi kenalan abah kat sini. Hari pertama pun dah ada yang menyapa mesra. Terasa agak terkongkong. Aku, Rohaiza dan Fazila mengambil tempat disatu sudut kantin. 
"Kalau ye pun frust dengan pakwe lama... tak payahlah libatkan orang lain" terdengar suara separuh berbisik. Aku menoleh kebelakang. Lelaki itu telah berada di belakang aku. Rohaiza ketawa kecil. Dia berlalu. 
" Malu siot.." aku bersuara.
" Tulah cakap siang pandang-pandang..." Fazila mengomel sambil ketawa.
Aku mencuri pandang ke arah lelaki itu. Beberapa murid perempuan mula tersenyum-senyum ke arah dia. Maklumlah abang senior. Dia menoleh ke arah ku lalu cepat-cepat aku alihkan pandangan. Cukuplah terlepas cakap tu. 


MR GABAN SAYA
(BAB 2)

    Hampir sebulan dah aku mula berulang dari rumah ke sekolah. Sudah beberapa kali acara mengejar bas berlaku kerana aku terlambat. Aku mula rasa penat. Mula rasa tidak selesa selepas kelas mula padat dengan kemasukan kumpulan rayuan. Dari tujuh belas orang sekarang mencecah tiga puluh orang. Hari ini pelantikan Kelab Pertina dan Mr Hairul itu dilantik jadi pengerusi dan aku penolongnya. Maka bermulalah hari-hari aku dengan dia. Tidak rapat tapi selalu berbincang bersama. 
"Fariz... petang nanti balik lambat. Ada perjumpaan untuk bulan kemerdekaan" Khairullah menyapaku perlahan.
" Ye.." aku hanya menjawab tanpa melihat. 
Petang itu meting pertama untuk kelab. Pelbagai idea dibincangkan. Tak tahu kenapa rasa tidak minat. Tidak ada mud. Tidak suka. Terlalu jauh rasa hati aku ni. Bukan kali pertama pun aku jadi pemimpin kelab. Berkali-kali masa di sekolah lama. Dan petang itu aku hanya menjadi pendengar sedia bersama senior tingkatan 6 atas. 
" Ok dah sampai sini je. Kalau ada apa-apa nanti kita bincang lagi." Cikgu Roniza mengakhiri perjumpaan petang itu. Aku segera bangun takut terlalu lambat balik nanti abah risau. 
"Diam je hari ni?" Sapa Khairullah membuatkan langkah kakiku terhenti. Aku menoleh.
" Malaslah... Tak ada mud.." Dia telah berjalan disebelahku.
" Kenapa? Tidak sihat ke?" Aku menggelengkan kepala. 
" Taklah... cuma malas. Wei aku jalan dulu ek. Takut bas dah jalan. Aku takut tunggu bas sorang-sorang."
" Nak aku teman ke?" soal Khairullah.
" Tak payahlah. Bye.." Aku mempercepatkan langkah.
"Hati-hati Fariz.." Sayup-sayup terdengar suara Khairullah dibelakang.

Mujur sempat naik bas balik. Sampai dirumah hampir 3 petang. Belum sempat mandi. Telefon rumah berbunyi.
" Kak... telefon.." terdengar suara mak memanggil. Aku melangkah malas. Takut-takut panggilan dari bekas kekasih gelapku. Sejak dua menjak ni aku jadi tawar hati. Aku memang dah nekad untuk tidak meneruskan hubungan kami. Sejak tamat tingkatan 5 pelbagai cerita yang aku dengar tentang dia. Cerita yang menyakitkan hati.
"Hello..." 
"Assalamualaikum..." aku cuba mengecam suara itu.
"Waalaikumusalam... sapa ni?" tanyaku
" Tak kenal ke?" aku mengamati suara itu.
" Fariz... Akulah.." bila dengar panggilan nama tu. Aku terus dapat menangkap.
" Oh.. kau.. aku baru sampai rumah. Belum sempat mandi pun. Kenapa?"
"Tak da apa. Aku risau je. Tadi aku g stesen bas. Tengok kau tak da. Risau je. Anak dara orang."
" Aku ok je. Bas lambat sikit td. Jadi sempatlah aku kejar."
" Oklah macam tu. Aku cuma risau je. Ok pergilah rehat. Assalamualaikum..."
"Waalaikumusalam..." aku jawab salam dia. Aku tersenyum sendiri. Beza betul Hairul yang ni. Aku tergelak. Kelakar pun ada. Perlahan aku naik ke tingkat atas rumah. Berehat. 

Radio Best 104 aku pasang. Ini rutin aku bila masuk bilik. Aku membuka tingkap bilik. Sayup memandang ke arah luar. Pelbagai perasaan timbul dalam fikiran aku. Aku memandang sampul URUSAN SERI PADUKA BAGINDA yang terletak diatas meja. Dahiku berkerut. Aku mencapai sampul tersebut. Membaca isi sampul tersebut. Terukir senyuman di bibir ku. Surat yang lama aku tunggu. Mungkin mengharap. Aku turun ke bawah. 
" Abah... panggilan temuduga.." Abah yang sedang tidur agak terkejut. Kesian abah.
" Kat mana?" Tanya abah
" UITM Shah Alam.." Aku menunjukan surat tersebut. 
" Nak pergi ke?" Aku menganggukan kepala. Itulah yang aku cita-citakan. Itulah yang aku nanti-nantikan. 
"Habis tingkatan 6?" Aku memandang abah.
" Abah.... akak nak pergi sini boleh?" Separuh merayu.
"Yelah... Tapi sementara teruskan dulu tingkatan 6. Baru temuduga. Takut yang dikejar tak dapat yang digendong keciciran." aku tersenyum dengan kata-kata abah.
"Terima Kasih Abah..." Abah senyum. Hatiku mula berbunga-bunga.



MR GABAN SAYA
(BAB 3)

    Suasana kelas sunyi.Semua sedang memberi tumpuan pada Cikgu Azmi yang sedang mengajar. Aku mula memicit-micit kepala. Subjek BI. Dari kecik sampai ni adalah subjek yang paling aku tak suka. Sinonimnya Cikgu BI ni semua garang-garang. Dari tempat duduk belakang aku memandang Khairullah. Beberapa kali aku tengok dia merenung Syaz dari jauh. Aku tersenyum. Hati menyangka sesuatu. Loceng rehat berbunyi. Syukur dalam hati. Aku rasa hanya jasad je disitu tapi fikiran entah kemana. Khairullah dan Syaz jalan seiringan menuju ke kantin. Aku mula perasan yang Khairullah mula menjauhkan diri. Jarang sekali dia lepak dengan aku sekarang. 
" Iz.. Ko rasa diaorang tu ada apa2 ke?" Fazila bersuara. Aku hanya mengangkat bahu.
" Wei kau kan baik dengan Hairul tu. Tak kan dia tak bagi tahu.." Rohaiza pula bersuara.
" Entah.. dia tu banyak peminat ler. Tapi aku rasa dia memang suka kat Syaz tu kot.. selalu aja aku tengok dia usha Syaz tu.." 
" Wei ko sekodeng dia ek???"
" Mana ada... kan kita kat belakang. Aku perasanlah budak-budak lelaki ni dok usha-usha awek.." Rohaiza dan Fazila gelak-gelak.
" Dah kenapa korang ni?" aku mengangkat kening.
" Mana tahu ko minat kat dia tu.." Rohaiza menjuihkan mulut ke arah Khairullah.
" Ish.. mana ada.. kawan ajelah.." Aku terus mempercepatkan langkah.
    Tengahari itu aku agak lewat turun dari kelas waktu balik. Sawaktu berjalan menuju ke stesen bas aku memandang Khairullah berjalan di samping Syaz. Mereka berbual sangat mesra sambil Khairullah membawa tayar motorsikal. Mereka menuju ke kedai motor berhampiran stesen bas. Aku tersenyum. 
" Em... pandai simpan rahsia." aku terus masuk ke dalam bas. 
    Petang itu aku mengambil angin sambil jogging. Ternampak pondok telefon. Terfikir untuk menelefon Khairullah. 
" Iz..." Tiba-tiba aku disapa. Terpancul didepanku muka Razdan. Aku menelan air liur. Tidak sangka akan jumpa dia.
" Lama tak jumpa.. Awak tak rindu saya?" Soalan Razdan buat aku berpaling untuk meninggalkan dia. Razdan menghalang jalanku.
" Iz.. bagi saya peluang. Banyak kali dah saya call awak. Tapi awak sikit pun tak nak cakap dengan saya. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf.." Aku memalingkan muka.
" Cukuplah dengan janji awak. Awak patut bertanggungjawab dekat dia" Razdan tertunduk.
" Tapi awak tahu kan saya sayang awak?" Aku memandang tepat wajah dia.
" Raz... Cukuplah dengan apa yang awak dah buat selama ini. Cukuplah melukakan. Cukuplah... Saya dah lama maafkan awak. Tapi tolonglah... Jangan ganggu kehidupan saya." Aku cuba lari dari Razdan.
"Iz...Awak dah ada orang lain kan?" soalan Razdan membuatkan langkah kaki aku terhenti. Aku menoleh Razdan.
" Tak... Saya tak nak fikir lagi soal cinta. Saya nak belajar dulu. Saya pergi dulu. " aku meneruskan larianku. Disaat itu airnata ku mula menitis. Tidak tahu mengapa terlalu dalam luka ini. Terlalu perit menyusuk ke dalam hati. 
    Malam itu terlalu sunyi. Perlahan-lahan kenangan bersama Razdan bertandang. Cinta monyet yang membuat aku buta. Banyak yang aku sesalkan. Banyak masa yang telah ku buang sia-sia. Aku menghela nafas panjang. Terlalu sukar untuk aku berasa tenang sekarang. Terlalu banyak yang mengganggu fikiranku. Telefon rumah berbunyi. tidak lama aku terdengar emak memanggil.
"Kakak... ada kawan telefon.." Aku turun mengangkat ganggang telefon.
" Hello..."
" Assalamualaikum.." terdengar suara yang biasa aku dengar. Aku melirik ke arah jam. Lewat 10 malam.
"Waalaikumusalam... uit.. mimpi apa call?" soalku. terdengar suara Khairullah ketawa.
" Lama tak sembang dengan ko.." Aku pula ketawa.
" Mana nak sembang kalau orang tu sibuk bercinta.." Aku terdengar ketawa Khairullah semakin besar.
" Mana ada... " dia menyangkal dakwaanku.
" Yelah tu... Macam aku tak nampak.." aku bersuara lagi.
" Nape call? Syaz tak layan ko ke?" Aku bergurau. 
" Ha..a.. dia nak tidur penat. Aku pun call ko lah " Jujur Khairullah. Aku diam seketika.
"See... dia tak layan ko baru cari aku ek..." aku bersuara sambil ketawa.
"Cemburu sangat tu bunyinya Fariz..." Kami sama-sama ketawa. Lama tak bersembang perbualan kami agak lama malam itu. sampai rasa panas ditelinga. Ingatan aku pada Razdan terus hilang.Cinta pergilah dan jangan kembali lagi...




MR GABAN SAYA
(BAB 4)

    Hari itu latihan untuk persembahan dimulakan. Aku menunggu untuk latihan. Macam tunggul. Dikelas sebelah terdengar mereka ketawa-ketawa. Aku lihat jam. Sampai bila nak tunggu ni. Aku mula membara. Janji mereka untuk buat latihan persembahan. Tapi masing-masing sibuk dengan aktiviti tingkatan 6 atas. Aku menghela nafas panjang. Mengawal kemarahan yang semakin membuat. Aku lantas bangun. Mengetuk pintu kelas.
" Sampai bila saya nak tunggu ni?" Aku menjerit. Semua mata memandang ke arahku. Termasuk Cikgu Roniza.
" Apasal awak kurang ajar?" terdengar suara Cikgu Roniza. Mataku mula panas. Aku lari dari kelas. Berlari ke tangga. Mataku mula berair. Perlahan-lahan semakin deras. Aku duduk ditangga. Tidak dapat aku kawal rasa marah itu. Dah dekat sejam aku tunggu. Mereka seolah tak indahkan. Aku tidak puas hati tentang itu.
" Nah..." seseorang menghulurkan sapu tangan. Aku menggeleng.
" Ambiklah... teruk sangat basah lengan baju ko tu" sapu tangan itu dikibas-kibas kearah mukaku. Aku menyambutnya.
" Aku duduk ek?" tanpa tunggu jawapan dia dah duduk disebelah aku. Aku hanya diam. Malu pun ada. 
" Sabarlah... jangan marah-marah. Muka kau kalau marah tak comel lah." Aku masih diam. Mengesat perlahan mataku. Betul dia cakap. Baju sekolah ku dah basah sampai ke lengan.
" Maaf..." Aku bersuara.
" Tak pe... aku faham... ko dah lama tunggu kan?" Aku memandang Khairullah. Dia senyum. Tenang. 
"Dah la.. ko baliklah kelas. Nanti cikgu nampak" aku bersuara perlahan.
" Sure? Kau ok ni?" aku anggukan kepala.
" Ok. Nanti dah ok masuk kelas ek..." Aku anggukan kepala. 
" Simpan tuala tu baik-baik..." Dia bangun dan melangkah meninggalkan aku.
      Esoknya... aku demam. Hampir dua minggu demanku tidak kebah. Akhirnya abah mengambil keputusan untuk berhentikan aku dari tingkatan 6 setelah yakin yang aku akan diterima ke UITM. Itulah keputusan yang paling aku nantikan. Hakikatnya aku tidak sampai hati tengok abah kejar bas. Duit belanja dan duit tambang yang agak mahal. Lagipun aku mula tidak yakin untuk mengadap buku-buku tebal. 
"KAK.." Pintu bilik aku diketuk.
"Ya mak.."
" Ni ada kawan-kawan datang ni. Turunlah.."
aku berkerut dahi. Siapa pula yang datang. Aku bersiap dan turun ke bawah. Aku tengok Khairullah, Amri dan Azlan.
" Wei... nape datang? Tak bagi tau pun." Aku agak terkejut melihat tiga kawan baik itu.
" Hairul tak bagi tahu ke? Dia yang beria ajak kitaorang. Ingat dia dah bagi tahu" Amri berseloroh.
"Kita orang tema tuan pengerusi je. Beria dia nak jumpa Naib pengerusi dia." Azlan pula bersuara. Aku hanya ketawa.
" Ko dah ok ke ni?" Soal Khairullah.
" Nampak kurus sangat ko ni. Demam lama betul." Amri berseloroh lagi. Kalau nama Amri ni dia mmg kelakar. Tempat duduk dia sebelah meja aku aje. Dia orang memang penghibur. Mak keluar dengan sedulang air.
" Dia ni kalau demam memang teruk. Berminggu-minggu. Jarang dia demam. Makan pun tak nak. Tu badan lemah." Mak menyampuk.
" Dah jemput minum." Mak berlalu ke dapur.
" Peh teruk juga kalau kau demam ni. Jenuh suami kau nanti" Seloroh Azlan.
" Merapu apalah ko ni Lan... Jauh lagi perjalanan tu." aku bersuara dalam ketawa.
" Mana ada merapu. Rami kot kawan kita orang dah kahwin. " Amri pula bersuara. Khairullah macam biasa dia hanya diam dan tersenyum. Jarang nak bercakap kalau dengan aku tapi kalau dengan kawan-kawan lelaki dia bukan main lagi.
"Ko tak nak tanya fasal sekolah ke?" Tanya Khairullah. Aku menggeleng.
" Ko handle lah.. aku mungkin berhenti kot." Amri dan Azlan terkejut,.
" Kenapa pula?" Tanya Azlan.
" Aku dah tak laratlah. Macam tak mampu nak bawa. Lagipun kawan-kawan aku semua dah dapat sambung belajar." 
"Tak sayang nak tinggal sekolah?" tanya Khairullah
" Em.. sama je.. kalau aku sekolah pun tak skor sia-sia" Azlan dan Amri anggukan kepala.
" Eh.. Jom minum.." Aku hulurkan air kepada mereka.
Sepetang mereka dirumah sambil sembang-sembang. Mereka kata rindu dah lama tak bergurau dengan aku. Dan lepas ni memang aku dah tak da pun. Hampir jam 6 petang baru mereka balik. Sebelum balik, Khairullah menghulurkan sesuatu. Sebuah kotak berisi muzik box. Aku suka sangat muzik box tu.

BUAT SAHABAT.
WALAU APA BERLAKU. WALAU APA TERJADI. AKU AKAN JAGA KAU SELAMA KAU JADI SAHABAT AKU. AKU AKAN LINDUNGI KAU SELAGI KAU PERLUKAN AKU.

DARIPADA 
MR GABAN.
 
Aku memandang kad pada box itu. Aku tersenyum. Cantik.


MR GABAN SAYA
(BAB 5)

    Hari pertama lapor diri di UiTM adalah puasa pertama. Tidak tahu bagaimana sayunya hati. Telefon bimbit diserahkan kepada senior sepanjang orentasi. Bermulalah kehidupan baru sebagai mahasiswi. Hari pertama berbuka puasa tanpa keluar. Mengalir air mataku. 
" Mak... Abah.. Akak rindu.." Air mata itu tidak mampu ku tahan. Aku hanya mampu menelan beberapa suap sahaja. Pertama kali jauh diperantauan. Baru aku rasa hidup perlu berdikari. Makan ikut peraturan. Segalanya dalam peraturan. 

    Hari ini hari pertama kuliah. Jauh ke Stadium Shah Alam. Ada beberapa fakulti kelasnya disitu. Aku pindah ke asrama berdekatan fakulti. Asrama putera dan putera bersebelahan. Malam itu selepas solat isyak aku keluar ke bawah. Dari jauh aku ternampak satu sosok tubuh yang macam aku kenal. Dari jauh di senyum.
" Hairul... wei ko kat sini ke?" aku sedikit teruja. Dia mengangukan kepala.
"Baguslah ada kawan..." Aku tidak dapat menyembunyikan kegembiraan.
" Wei kau tak bagi tahu aku pun ek ko dapat sambung kat sini." Khairullah bersuara.
"Macamana nak bagi tahu ko dah sibuk dengan kekasih hati.." jawabku perlahan.
" Kata kawan.. diam-diam je." Khairullah melepaskan rasa.
"Malas kacau ko. Tengah hangat bercinta. Syaz ok tak? Dia sambung mana?" soalan aku.
"Kolej kat Kuantan" aku anggukan kepala. 
" Eh aku naik dulu. Nanti bila-bila kita sembang." aku mengeluarkan kertas.Menulis nombor telefon bimbit aku.
" Ni no Handphone aku.. ada apa-apa call ek" Khairullah menganggukan kepala. 
Aku meninggalkan Khairullah. Dia hanya memandang dari kejauhan.
"Sapa iz?" Soalan Amaz membuatkan aku terkejut.
"Kawan sekolah aku." Amaz mengganggukan kepala. Kami menaiki tangga menuju ke kolej kediaman. 


MR GABAN SAYA 
(BAB 5)


"Hai... buat apa?" kaku pandanganku kearah wajah itu.
"Tembus dah langit ke tujuh tu ko tenung Fariz.." aku diam lagi. Dia menghela nafas.
" Cakap dengan patung agaknya aku ni..." Aku memandang wajahnya lalu tersenyum.
" Aku dah penatlah..." luahku perlahan. Mengharap agar dia mendengar.
" Penat mengejar cinta yang yang semakin jauh kan?" aku mengangguk perlahan. 
Telah hampir tiga tahun berlalu. Aku mula penat untuk meneruskan cinta ini. Walaupun pengakhirnya tidak lama lagi. 
" Aku pun sama.. kadang-kadang aku rasa aku malas dah nak fikir tentang cinta. Aku bosan untuk mengenal cinta... aku bosan untuk mengejar cinta yang semakin ku kejar semakin jauh..." luahan hatinya. Mungkin kami ini ditakdirkan menjadi pengejar cinta yang setia. Mencintai orang yang kadang-kadang umpama tiada perasaan.
" Susah-susah kita kahwin berdua ajelah. Aku dah kenal ko. Ko dah kenal aku. Selesai masalah.." suara itu jelas. Aku ketawa. 
" Betul-betul tawar hati ni.." dan dia ketawa. 
" Kalau ikut tawar hati... dah lama dah aku buang dia dari sudut hati aku ni..." Dia bersuara lagi. Nak dibandingkan dengan aku, kisah percintaan dia lagi pening. Antara aku dengan dia , aku lebih bernasib baik.
" Jom tengok wayang. Boring lah... Otak aku ni dah naik tepu fikir final projek tu." Dia bersuara mengajak setelah sekian lama keadaan sepi.
" Tak da mudlah nak tengok wayang." Dia menggeleng. 
" Fariz.. kalau tengok muka ko mcm ni.. dengan aku sekali tak da mud tau.." Dia bangun lalu berjalan menuju ke motor.
" Ko nak ikut tak?" soalan dia semula. Aku bangun. Em.. layan jelah. 
    Petang itu seharian kami menonton wayang. Lepas habis satu cerita.. sambung lagi satu cerita. Hakikatnya segala apa yang ada dalam hati aku berlalu macam tu sahaja. Segala rasa penat hilang. Dan setiap kali bersama dia aku rasa semuanya lapang. 
Mr Gaban... Dia sahabat baik aku. Yang aku kenal dari zaman persekolahan. Kisah cinta dia ada dalam gengaman aku. Lelaki yang setia pada satu cinta. Kadang-kadang naik muak juga aku dengar kisah cinta dia. Kadang-kadang aku kritik juga dia lelaki bodoh sebab kadang-kadang aku rasa dia sahaja yang jadi pengemis cinta. Tapi aku hanya seorang kawan yang setia sebagai pendengar.

MR GABAN
(BAB 6)

    Malam semakin gelap.. aku cuba mendail lagi nombor dia. Hampa. Benar dia buat aku terlalu sakit. Bukan sekali tapi banyak kali. Sakit yang membuatkan separuh hatiku terluka. Aku kembali ke beranda. melihat warna-warna lampu. Jiwa aku semakin parah. Adakah aku perlu teruskan... atau aku patut akhirkannya...??? Ya Allah berilah aku jawapan. bantulah hambamu ini ya ALLAH... 
Aku kembali ke destop, meneruskan penulisan ilmiahku. Apapun terjadi aku perlu kuat. Seketika kemudian aku menjeling ke arah telefon semula. Mengharap panggilan dari seseorang tapi hampa. Tiba-tiba telefon berbunyi. Tertera nama Mr Gaban. Aku segera mengangkat.
" Dah tidur ke?" soalan pertama dia.
" Belum.. kenapa?" Dia diam dihujung talian.
" Saje nak bual. Temankan aku malam ni. Boring wei..." aku ketawa.
" Yelah tu boring cari aku ek.. Jangan sampai habis topup dah lah. Tak pun jangan sampai mak ko telefon aku sebab bil melambung" dia ketawa. Memang aku tak lupa peristiwa itu. Dapat panggilan telefon dari rumah dia sebab bil telefon dia melambung macam bursa saham. Dari pukul 11 malam sampai nak subuh bersembang. Cerita benda merapu-merapu.
" Siot ko... ingat lagi cerita tu.." dia ketawa.
" Mau tak ingat wei.. Aku ingat ko yang telefon. tup.. tup... "
" Bakal mak mertua..."Dia menghabiskan ayatku yang tergantung.
" Poyo..." dan aku sambut dengan ketawa.
" Fariz.. rindulah.... lama tak jumpa ni" Aku ketawa lagi. Memang sengal mamat ni.
" Otak ko rindu..." Dan dia ketawa.
Memang agak lama tak jumpa dia. Bukan tak ingat pun tapi cuma malas nak keluar. Memerap dalam bilik untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh. Selebihnya banyak kepada melayan perasaan. dalam usia dekat 25 tahun perihal cinta ni kadang-kadang buat kita malas untuk fikir. Sampai satu tahap aku nak biarkan berlalu dan terus berlalu.
" Jauh fikir siot..." ketawa dia buat aku tersedar. Aku tersenyum. Dekat sejam kami bersembang. Ketawa dan merapu. Malam itu aku tidur nyenyak hingga ke pagi.
Pagi itu, aku menerima mesej.

 Fariz.. aku nak tenangkan fikiran. beberapa hari aku keluar. Jaga diri kau tau. Nanti balik aku msg ko.

 Mr gaban tenangkan fikiran? Aku tersenyum. Tahu pulak serabut mamat ni. Selepas mesej itu beberapa hari Mr Gaban senyap. Mr Die pun senyap. Dan aku melalui waktu-waktu yang sunyi. 

Kelas bermula jam 8.30 pagi. Tapi aku lewat pagi itu. Mungkin sebab fikiran aku yang berserabut. Beberapa kali aku fikir untuk tukar tajuk Thesis sbb aku mula rasa susah. Tak ada bahan rujukan yang boleh ku rujuk. Tahun ni, tahun akhir dan aku harus tamatkan pengajian aku dengan mata kredit yang tinggi. Aku pernah membuat kesilapan sekali dan aku tak nak ulang kesilapan itu.
Aku cuba menghubungi Mr Gaban tapi dah beberapa hari tak berjawab. 
Wei.. ko g mana ni. Tenang betul ko ni sampai tak mesej atau call..
Aku mesej Mr Gaban. seketika aku menunggu. hampa.. Mesej aku tidak berjawab. Aku masukan semula telefon ke dalam beg. Mataku kembali memandang sekeliling. Agak lengang dari biasa.
" Iza.." terdengar namaku memanggil. Aku melihat wajah Pn Lina. 
" Ya Puan..." aku melangkah ke arah Pn Lina.
" Macamana tajuk awak. Boleh teruskan?" Pn Lina bertanya .
" Inshaallah saya cuba.. susah juga. Tidak ada rujukkan kat sini." Pn Lina tersenyum.
" Saya tahu awak boleh. Cuba cari ke universiti lain. Mana tahu lebih mudah..." dia memujuk dengan kata-kata semangat. Aku angguk kepala.
" Saya cuba.." dia tersenyum sambil menepuk-nepuk bahuku. Hormat... aku memang hormat dia sebagai pensyarah yang adakala rasa macam mak-mak je. Nasihat dia... Semangat dia... buat aku kuat untuk terus melangkah. Aku melihat bas ke induk. Terfikir untuk ke perpustakaan. Dan kakiku terus melangkah.
Erol.. ko dah balik ke? aku nak ke perpustakaan. Kalau dah balik kita jumpa kat HEP. 
Mesej sebelum bas bergerak ke induk. Dan ia masih senyap. Aku mula risau. Lama dah aku kenal dia. Belum pernah pula dia buat perangai macam ni. Dia ada masalah ke. Tapi selalu kalau ada masalah, dia akan cerita kat aku. Aku menghela nafas panjang. Telefon kembali ku masukkan ke beg.
Sepetang aku menghabiskan masa di perpustakaan. Tempat yang aku rasa paling tenang sekarang. Tiba-tiba telefon ku bergegar.
Aku kat tempat biasa. Cepat.. aku tunggu ko. 
Aku tersenyum. Akhirnya Mr Gaban balas mesej aku. Aku terus menyimpan segala buku-buku. Berjalan keluar menunju ke ruang bangku di HEP. Kawasan ni memang selalu penuh dengan orang. Aku melihat seseorang dengan cap coklatnya. 
" Oi... lama menghilang... dan dapat ketenangan yang ko cari..." Dia senyum. Itulah Mr Gaban... suka tersenyum. Kalau kusut kepala pun nampak senyuman dia memang boleh tenang. 
" Apasal... Rindu aku" Aku ketawa. Em rindu... sayang.. Itu perkataan yang aku dah tak hairan. Selalu sangat keluar. Kata orang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 
" Ko pergi mana... lama betul menghilang?" Aku tanya semula. Dia membetulkan duduk. Mata dilemparkan jauh.
" Cari jawapan..." Aku mengangkat kening. Baru aku faham. Patut menyepi seribu bahasa.
" So dapat jawapan?" Aku tanya lagi. Dia mengangguk.
" Aku dah penat... Biarlah aku yang memutuskan jawapan tu.." Aku senyum lagi.
" Sure untuk kali ni?" soal ku semula. Dan dia mengangguk. Aku melihat ke dalam matanya. Timbul rasa kesian. Lelaki ini terlalu baik untuk disakiti.
" Sabarlah..." Hanya itu yang mampu aku katakan. Sedangkan aku telah hilang bicara atau kata-kata semangat untuknya.
" Ko?" Dia memandangku. Aku hanya menarik nafas panjang.
" Entah... Aku pun tak tahu. Aku rasa semuanya pun akan berakhir.." aku jawab lesu.
" Confirm?" soalnya semula. 
" Dia pun menyepi. dah dekat 2 minggu kot tak dengar khabar. adik dia kata dia g kelantan. Telefon tinggal kat rumah. Sampai hati kot. " Aku luah rasa. Tak tahu apa yang ada dalam hati aku. Marah. Kesal. Benci. Kecewa. Semua ada menjadi satu.
" Lagipun... dia memang dah cakap. Dia tak suka isteri kerja macam aku. Tak tentu masa. Dia nak isteri dia jadi cikgu. Banyak masa dekat rumah." Aku diam. Itulah kata-kata Mr Die yang aku ingat. Bidang penyiaran. Memang bidang yang bukan mudah untuk diterokai. Dan aku sendiri tak pasti. Akan terus dalam bidang itu atau memilih bidang lain. 
" Kecewa ke?" soalan dia sambil tersenyum. Aku gelak.
" Apapun aku memang dah bersedia. Untuk kali ni.. aku tak akan berpatah balik."
" Fariz... susah-susah kita kahwin berdua ajelah." tiba-tiba dia bersuara sambil tunduk ke bawah meja. Aku ketawa lagi. 
" Gila ko ni.. aku nak baliklah dah petang" Aku segera mengangkat beg. Hendak dilayan memang macam-macam keluar nanti.
" Betullah... malam ni buat solat istiharah ek. kot-kot muncul muka aku..." Dia ketawa. Aku berjalan terus.
" Nak aku hantar tak?" dia menjerit.
" Tak pe.. aku naik bas. " Aku terus berlari mengejar bas menuju ke Puncak Perdana.

---------------------------------------------------BERSAMBUNG--------------------------------------------------

Tuesday, February 7, 2017

2017 KEMBALI BERSINAR

2017
kembali bersinar..
telah lama aku tinggalkan..
tinta yang menari nari
lama telah kutinggalkan segala memori

2017
kembali bersinar

Monday, April 29, 2013

5 tahun yang berlalu

selamat malam

selamat malam sayangku.
tidur la dalam damai jiwamu
selamat malam sayangku
kerana masih belum banyak yang harus kau fikirkan
selamat malam sayangku
kerana siang tu terlalu penat untuk mu
selamat malam sayangku
kerana lenamu
amat berharga buatku

sayangku permata hatiku
dalam lena itu tersimpan pelbagai cerita
kerana lena mu yang seketika membangkit tawa
di pagi hari

sayangku
sebelum lenamu terus berlalu
aku ingin titipkan sesuatu
betapa rindunya hati seorang ibu
tanpa ketawa dan senyuman manismu..

Saturday, June 16, 2012

KESAYANGAN KITA




NUR AIMAN HAZIM

NUR AINAA QALESYA

BUATMU CAHAYAMATAKU

Hari ini aku melihatmu..
dua wajah sesuci salju
dari dua jemariku menyukat kakimu...
hari ini aku melihatmu..
berbicara dengan bahasamu..
memahami tutur katamu
dari naluri seorang ibu
hari ini aku melihatmu..
dengan rengekan dan tangisanmu
diam dengan dodoian selawat nabi untukmu
hari ini aku melihatmu..
dari sinar mata putih jernihmu
dari hati melalui pandanganmu
dari jernih kasih seorang bonda..
hari ini aku melihatmu..
dengan harapan penuh keikhlasan
semoga kau menjadi insan yang dikasihi tuhan..
dengan doa dan sedikit harapan..
selagi mama bernyawa
mama iringkan anak-anakku
dengan doa dan keberkatan
seperti atok yang sering mendoakan mama
dari dulu, kini dan selamanya..

BUATMU
PUTERI PUTERA MAMA DAN PAPA
NUR AINAA QALESYA BINTI NORHAIROLLAH
DAN
NUR AIMAN HAZIM BIN NORHAIROLLAH

KEMBALI TERJALIN

KEMBALI TERJALIN
kembali terjalin ikatan yang indah.. biar semarak api membara, biar menjulang emosi kepedihan namun kembali terjalin umpama sungai yang mengalir damai.. damai sedamai hati yang berkocakan.. 
SELAMAT HARI BAPA...
bertahun berlalu.. dulu rindu pada kenangan arwah nyai kini rindu kenangan arwah bapa tersayang.. lama tidak menulis... tiba2 sempena hari bapa hati mula rindu untuk kembali menulis..
kadang2 apa kita dengar tidak sama dengan apa kita rasa.. dulu kita dengar tentang rindu seorang anak pada arwah bapa, arwah ibu tapi hari ini saya rasa apa itu rindu pada orang yang telah tiada... jika selama ini kita menyampah bila dengar dia berleter, kita sakit hati bila dengar dia marah, kita rasa menyampah bila dengar dia membebel tapi bila dia dah tak ada baru kita sedar bertapa mulianya hati insan bergelar bapa..
SETAHUN YANG BERLALU..
13 jun 2011 adalah tarikh pemergian arwah abah.. seminggu lepas itu adalah hari bapa.. kini 13 jun 2012 setahun yang berlalu.. dan hari ini 17 jun 2012 tahun ke dua hari bapa tanpa insan bergelar ABAH.. rindunya dengan suara abah.. Rindunya dengan ketawa abah.. rindunya dengan senyuman abah dan paling rindu dengan gurau senda abah.. bila beringat panggilan terakhir arwah abah pada cucu pertama air mata menitik.. kini cucu kedua abah dah selamat lahir.. dia adalah satu anugerah biarpun abah tak sempat untuk mendakap manja NUR AIMAN HAZIM tapi saya tau abah jumpa dia di sana..
Bila jauh diperantauan pesan arwah kita kena redha dengan apa yang bakal berlaku.. dua wajah tak dapat ditatap yang perginya tak akan kembali..
KALAU KITA DAH RASA JANGAN BAGI ORANG LAIN RASA..
mungkin orang akan kata nak jaga mak dan abah adalah alasan bila mohon tukar tapi orang tak tau yang kadang2 alasan itu adalah hakikat yang sebenar.. tugas seorang anak yang tidak boleh dilaksanakan... mungkin orang tak terfikir tapi kadang2 renung-renungkan la.. adakala pencapaian seseorang berdasarkan hati walau penilaian prestasi adakala tidak setulus mana..
kadang2 orang letakkan kita jauh2 untuk balas dendam.. aku dulu dihantar jauh sekarang kau pula rasa tapi sampai bila agaknya... kalau kita dah rasa jangan la kita biar orang lain rasa. pertimbangkan la.. mungkin saya boleh sedikit menarik nafas lega bila telah dapat bersama suami.. tapi kadang2 rasa kasihan dengan kawan-kawan yang terus berjauhan.. saya dah rasa apa yang mereka pernah rasa.. tapi apalah daya saya... hanya mampu menyatakan rasa simpati dan berharap semoga satu hari nanti mereka akan dapat bersama.. INSYAALLAH.. buat kawan-kawan yang masih terpisah.. SEMOGA TABAH MENGHADAPI HARI-HARI DAN DUGAAN YANG MENDATANG...