KASIH YANG TERCIPTA ANTARA KITA

Saturday, August 14, 2010

TERBARU TERKINI


RAMADHAN YANG KINI KEMBALI

RAMADHAN kembali lagi. rindunya pada ramadhan yang indah ini. bila teringat ramadhan teringat nenek yang telah pergi. 2 hari sebelum ramadhan tahun lepas. apa yang diharapkan biarla ramadhan kali ini lebih bermakna sempena tahun kedua bergelar isteri. indah nya melihat suami membuat persiapan untuk ramdhan. tapi hati sayu mengenangkan baby kecil di dalam rahimku yang perlu berpuasa juga. indahnya terasa bila dia mula bergerak, menendang, menumbuk.. terasa indah untuk insan bergelar ibu disaat ini.
aku harap ramdhan kali ini lebih indah. dapat solat terawih dan berbuka bersama suami tersayang. dan aku harap syawal ini lebih bermakna.

Monday, August 2, 2010

KENANGAN DI BAWAH BAYU






Semalam yang ditinggalkan..


blog ini bermula dengan catatan lambaian negeri dibawah bayu. kini telah sebulan aku meninggalkan negeri sabah. rasa rindu yang mencekam kuhabiskan dengan melihat segala gambar yang menjadi kenangan. kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat aku menumpang kasih. umpama sebuah keluarga aku berapa dirantau orang. dari hanya membawa sebuah beg hinggalah aku mempunyai rumah dan kereta. sesuangguhnya kenangan merantau ke seberang lautan tidak akan kulupakan. apa lagi aku ada meninggalkan sesuatu yang turut berharga dipusara. entah bila aku dapat ke negeri ini lagi. mengenali budaya dan cara hidup yang berbeza dari tanah semenanjung. namun aku bersyukur kerana di tempatkan di SK GADONG Beaufort. mengenali saudara sesama islam yang amat baik bagiku. terima kasih yang tak mampu ku ucapkan dengan kata-kata. hanya Allah yang mampu membalasnya.


catatan di blog ini bermula di negeri dibawah bayu namun tidak akan pernah berakhir walau tanah sabah telah kutinggalkan. kerana disini lah tempat ku belajar segalanya tentang erti hidup. tentang kepayahan merantau jauh dari keluarga, tentang kerinduan seorang isteri pada si suami, tentang penantian sepasang hati pada zuriat yang menjadi darah daging sendiri. di sini aku kehilangan dan disini juga aku perolehi semula. disaat ini dalam rahimku ada jasad yang menanti untuk dilahirkan. tinggal 2 bulan lagi aku menanti. dan di suatu ketika aku berharap dapat membawa zuriat ini ke negeri di bawah bayu ini kerana ada kenangan istimewa untuk KITA SEKELUARGA

Tuesday, July 27, 2010

DAN SEMALAM YANG BERLALU

Semalam yang berlalu..
indah dan berseri
terlalu asyik
hingga tidak bisa diingati.

semalam yang berlalu..
sentiasa dalam ingatanku..
tak pernah kulupakan walau sejenak
kerana sisa rindu itu masih kukuh diruang hatiku..

semalam yang berlalu..
terlalu bermakna
untuk ku katakan
pada mata pena yang indah ini

semalam yang berlalu
menemukan aku pada insan yang kurindu
memisahkan aku pada insan yang ku gahkan dulu
dan semalam yang berlalu itu
telah pun berlalu..
berlalu dan berlalu
sehingga aku lupa
aku pernah menemui
SEMALAM YANG BERLALU..

Wednesday, July 21, 2010

SELAMANYA..
















ABAH YANG DISAYANG, IBU YANG DIKASIHI




HARI BAPA???? mungkin agak terlewat catatan ini di buat. selamat hari bapa buat ayahanda tersayang. mungkin hari bapa dipenuhi dgn pelbagai hadiah indah namun hari bapa pada tahun ini adalah satu kejutan buat aku dan suami.

mei 2010.. aku pulang ke johor dgn flight 6.55 pagi. setibanya dirumah, aku membuat satu panggilan ke batu pahat. alangkah terkejutnya rasa hati apabila dimaklumkan kesihatan ayah yang tidak memuaskan. sewaktu itu tiada apa yang aku terfikir selain ingin segera sampai kerumahku di batu pahat. waktu itu hati rasa marah kerana terpaksa singgah di gelang patah. aku hanya harapkan satu pengertian pada suami agar segera ke kampung. segalanya tidak ku fikir selain ayah yang di sayang..

kerana airmata yang mengalir, suami atas rasa kasihan membuat pertimbangan utk pulang ke batu pahat malam itu juga. setibanya dirumah aku termenung melihat tangan abah.. dan disaat adik ceritakan kepulangannya sewaktu abah di hospital airmataku mengalir deras. adik kata mak ambik naik teksi. tunggu di stesen bas. aku tak terungkap satu kata pun.

Aku rasa tidak puas hati hati waktu tu, marah, geram.. semua ada tapi aku faham apa yang mak dan abah buat. dengan keadaan aku yang jauh dari suami. mereka tak nak aku susah hati.

esoknya kami hantar abah ke hospital. suami dengan berani masuk melihat tangan abah yang berbalut. dia ambil beberapa keping gambar tangan abah tapi hingga ke saat ini aku masih takut untuk melihatnya. dimindaku terbayang di saat mesin pemotong besi tu terkena di tangan abah. disaat itu tiada siapa dirumah. bagaimana abah panggil mak di rumah makcik. meminta bantuan dengan jiran untuk ke hospital.. bagaimana mak ke hospital menaiki teksi, bagaimana disaat menunggu abah berada di bilik bedah 3 kali terturut-turut tanpa teman. aku tidak sangup untuk membayangkan itu semua.

abah dan mak...
anak yang jauh nie selalu menitiskan airmata disaat rasa rindu yang mencengkam hati. hanya doa mengiringi mereka. tidak sabar rasanya untuk pulang ke kampung lagi.. kerana rasa itu sering bemain dihati... dan pastinya ogos ini aku kembali sehingga saat untuk melahirkan anak pertama kami. kata suami, biarlah cuti tanpa gaji asal aku selamat di sisi keluarga kerana anak dan isteri adalah harta yang tidak ternilai dari Allah.

Buat suami tersayang TERIMA KASIH KERANA AMAT MEMAHAMI HATI INI. DAN SESUNGGUHNYA MEMILIHMU SEBAGAI SUAMI ADALAH SATU KEPUTUSAN YANG TEPAT.. KERANA KAU ADALAH TEMAN YANG AMAT BAIK SELAMA INI.. DAN AKU MELIHATMU DARI MATA MAK DAN ABAH. DAN PILIHAN MEREKA ADALAH YANG TERBAIK..


Saturday, May 8, 2010

MEI 2010..


MEI 2010.. kembali pada blog tersayangku... mei 2010.. akhirnya keluarga kembali ke kampung.. mungkin dah tertulis 2010 aku dan keluarga akan tinggal semula pada rumah pertamaku tahun 1982..
Umpama sebuah pelarian dalam hidup ini.. semakin jauh ingin kita lari semakin ia datang menghimpit kita. bila himpitan itu terus menghimpit kita jadi sesak untuk bernafas.. menjadi sukar untuk bergerak bebas.. dan bila kesesakan itu menguasai segenap nafas kita yang tinggal hanya sekadar nyawa-nyawa ikan yang belum pasti terus bernyawa..
Undang-undang manusia adakala membuatkan kita rasa tersiksa sedangkan Allah kurniakan kita pertimbangan akal untuk dipertimbangkan tapi manusia menggunakan segala kuasa yang ada untuk membuang pertimbangan akal..
aku lemah.. aku lelah.. aku rasa tersesak dalam lumpur.. bernafas antara nyawa dihujung tanduk.. puas ku letakan segala kewarasan akal agar fikir positif tapi aku tidak mampu kerana aku adalah manusia biasa..
Mentari... teruslah bersinar dalam hatiku.. biar titik hujan terhenti dan hati kembali cerah.. kerana aku dah tak mampu untuk terus begini..


















Monday, March 29, 2010

SEINDAH NAMAMU DALAM HATIKU..

Norhairollah...
seindah namamu dalam hatiku..
seindah kasih sayangmu dalam dakapan malamku
seindah tawamu dalam jasad hatiku..

Norhairollah..
Tercipta cinta dari mula pertemuan itu
terpisah sementara mengejar cinta yang entah dimana silapnya..
kau dgn dia
dan aku dgn dirinya...

Norhairollah..
telah tersurat kata jenakamu dulu menjadi kenyataan..
pertama kali aku menumpangmu untuk pulang
kau suarakan keinginan membawaku menemui ibunya...
lantas kini dia adalah ibu mertuaku..

Norhairollah..
disaat setiap hati telah mula kecewa kerana cinta yang dikejar
kita ikat sebuah janji
andai ditakdirkan kita kecewa
kau jadikan aku isterimu
dan aku jadikan kau suamiku..

Norhairollah..
Mungkin janji itu menembusi ruang angkasa
lantas telah tertulis itulah jodoh kita..
sebelum mendapat segulung ijazah
kita saling melengkapi hati kita dgn cinta..

Norhairollah..
Umpama duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
kita genggam segala impian dan cita-cita..
lantas kita ikat dgn ikatan pertunangan yang sungguh indah..

Norhairollah..
Allah sentiasa disisi kita..
permudahkan urusan kita
tanpa melalui banyak dugaan kita disatukan..
kini kita bahagia berdua menyulam cerita
tanpa masam muka yang merosakan keindahan milik kita.

Norhairollah..
perpisahan sementara ini adalah dugaan ALLAH pada kita
bertapa kuatnya semangat kita untuk menerimanya..
biarpun kdg2 hati berdetik kesal namun kau berikan aku kesabaran
terima kasih sayang atas segalanya..
terima kasih cinta pada jiwa yang ceria
terima kasih asrama kerana rindu yang tercipta..
bersama menanti kehadiran dia dalam hidup kita..

SINAR DI 2010

indah membuai segenap rasa. indah merindu pada cinta yang semakin mekar berbunga. 2010 telah hadir dengan sebuah sinar yang baru. Alhamdullilah Allah mendengar permintaan hambanya. doa setiap malam suami ku untuk menimang cahaya mata telah di tunaikan oleh Allah.. sekarang dengan penuh rasa syukur dan berhati-hati aku menanti bakal cahayamata pertama kami. aku berdoa semoga Allah tabahkan hatiku.. buat suami tersayang doamu mengiringi kesejahteraan kami berdua.

Saturday, February 20, 2010

SALAM KASIH

Pepohon melambai sayup, damai... angin petang menyapa wajahku beberapa kali. desiran ombak memecah kesunyian malam. damainya hatiku sebagai seorang perindu. jauh di sana auni sedang berlari berkejar-kejaran bersama isteriku. diwajah mereka aku melihat segunung kebahagian. segalanya indah disini. tanpa keriuhan kotaraya.
"papa..." auni memeluk kakiku. terkejut aku mendengar suara merdunya.
"papa.. kenapa papa diam. marilah kita ikut mama.." aku tersenyum memandang auni. wajah tak tumpah seperti wajah isteriku, memiliki sepasang mata yang cukup ayu.
" mama ada tak kan papa pun kena teman auni.." aku menjawab sambil tersenyum. ku belai rambutnya yang panjang. isteriku tersenyum menghampiri ku.
" mama dgn papa dia mana sama.." isteriku bersuara sambil tersenyum.
" ye la tu.. jom kita makan mee bandung. papa lapar la. auni lapar"
" ala auni tak lapar.. auni nak minum air je. auni nak abc papa.." aku mengangguk lalu memimpin anak dan isteriku kekedai mee bandung. makanan kegemaran isteriku. dan petang itu aku bersama auni dan fatihah menikmati menteri terbenam di pantai punggur.
___________________________________________________________________
" am tolong selesaikan kerja ni. pening kepala la.. banyak sangat kodnya." farihah meletakan beberapa fail dihadapan mejaku.
" banyak betul hah.."
"entah lah.. cikgu syarifah yang minta. kod buku baru. nak cepat la"
" aku tak sempat ni hah. kerja makro aku tak siap lagi." aku berterus terang.
"am ko tak siap lagi. nak mr chan marah..."
" aku tak sempat semalam. tengok mak aku kat hospital la.."
" ye ke? tak pe la aku buat sendiri. kesian kat ko.."
"terima kasih. nanti kalau dah siap aku tolong ko k. untung aku dapat pembantu macam ko"
farihah tersenyum.
" belanja aku nasi lemak ayam goreng k?" aku tersenyum. ayam goreng? makanan kegemaran farihah. tanpa ayam goreng dia umpama tak boleh menelan nasi lemak tu. telur goreng apatah lagi. paling tidak digemari.
__________________________________________________________________

" abang... " sentuhan lembut isteriku buat kutersentak. aku tau banyak masa kuhabiskan dengan termenung. memikirkan tawaran yang serba salah untuk kuterima.
" abang fikir tawaran tu? serba salah nak tinggalkan fatihah dan auni?" aku tersenyum. mataku mula berkaca. aku akan meninggalkan isteri dan anakku untuk dua tahun. tabahkah hatiku nanti.
" macamana abang nak tinggalkan isteri abang.. anak abang.. dan putera abang yang bakal lahir ni sayang" isteriku tersenyum disaat ku usap perutnya. cahayamataku yang ke dua bakal lahir dua bulan lagi. hatiku sayu kembali. bagaimana ia membesar tanpa aku. bagaimana isteriku nak melayan kerenah mereka diperantauan seorang diri.. bagaimana dan bagaimana...
"rezeki datang sekali abang. kalau abang tolak abang mungkin tak akan dapat lagi.." fatihah tersenyum lagi.
"jangan risaukan fatihah dan anak-anak, insyaALLAH mereka akan selamat.." aku tersenyum lagi. bukan aku tidak percaya kemampuan fatihah tapi sampai bila aku harus terus bebankan dia sendirian. sewaktu mengandung auni hingga lahir aku jauh di seberang menyiapkan ijazah pertamaku dan kini aku akan tinggalkannya semula.
" nantilah abang fikirkan.." aku menjawab dengan senyuman..
____________________________________________________________________
" farihah.. ko free tak? temankan aku" farihah memandangku..
" nak kemana?" soal farihah
"aku teringin nak makan sup utara r"
"belanja aku?" farihah tersenyum.
'ok lah.. ko kan dah tolong aku.. hari ni aku nak bawa ko g tengok wayang. cite yang mesti ko suka"
" cite apa?" aku hanya tersenyum.
" ada la..." farihah ketawa.
ketawa farihah buat aku tersentuh. rasa takut kalau ketawa itu akan hilang dari pendengaranku.
____________________________________________________________________
" am..." aku memandang farihah.
"kenapa?"
"sejak bila ko pandai tengok cite jiwang macam ni?"
aku ketawa. aku tau apa yang farihah akan cakap disaat aku menyerahkan dua tiket wayang filem my heart.
"kenapa?" farihah memandang tepat anak mataku. entah kenapa aku jadi kaku pada pandangan itu. terlalu tajam menikam ke jantungku.
" selalu ko suka tengok katun. nie apahal cite jiwang pula?" aku membiarkan persoalan itu di mulut farihah.
" tengok dan hayati cite nie k.." itulah kata penutupku. aku ingin dia tahu.. ada sesuatu yang patut dia tahu..
___________________________________________________________________

Wednesday, January 6, 2010

HARAPANKU SETINGGI GUNUNG

Catatan buat anak2 ku 5B..
SK GADONG 2010

impian..
aku impikan sesuatu darimu
dari tulus hatimu sayang..
aku impikan hidupmu bersinar..

anak-anakku..
kau umpama bunga yang layu nan hampir terbuang..
ku baja dgn penuh yakin dan sabar..
ku semai bunga-bunga keyakinan
agar kau terus menjadi bunga yang mekar..

anak-anakku yang ku sayang..
redup kasihku dimuara hatiku..
tidak keroh biar dilanda badai melanda
kerana aku terus berharap
agar kau berubah..

anak-anakku manja..
teruskan perjuanganmu sayang
gagahkan kaki mu untuk terus melangkah..
maju dan majulah sayang kerana jalan itu masih luas terbentang..

sayangku..
perjalananmu umpama keretapi..
disediakan landasan untuk terus kedestinasi
andainya gerabaku tergelincir jangan kau terus rebah..
kau bangkitlah dan teruslah meluncur
kerana dihadapan ramai mengharapkanmu
ramai menantimu untuk dapatkan khidmat baktimu..

anakku..
aku yakin dgn janjimu..
kerana manusia itu berpegang pada janji..

Saturday, January 2, 2010

2010 bersamamu..

2010 menjelma.. salam sayang dalam penuh kerinduan..
2009 telah kutinggalkan. hari baru masa baru.. tapi aku tiada yang baru.. azam baru pun tiada. apa yang aku rasa aku sendiri tidak tahu. sukar di lafaz dalam nyata, sukar diungkap dalam kata.. bessetapa sukar aku mulakan tahun baru ini tanpa orang-orang yang kusayang di sisiku..
berat mata memandang terlalu berat bahuku yang memikul. aku dialam nyata tapi jiwaku jauh.. aku ingat ayah.. ingat ibu...
semalam ibu telefon lagi.. nyatakan kesihatan ayah.. dan semalam air mataku tertumpah. aku ingin pulang tapi kakiku terikat. 2 hari lagi sekolah akan bermula.. aku kena mulakan semula tugasku tapi dalam hati aku tidak bersedia lagi. aku risaukan keluarga. tiada siapa yang boleh diharapkan. semua bergantung pada ayah dan kini ayahku sakit.. tidak boleh bawa kereta.. sapa yang nak mak harapkan? aku???? aku jauh di seberang laut.. jauh..
minggu depan adik ku akan ke politeknik terengganu.. sapa yang nak hantar dia kalau ayah tidak sihat.. dia kena pergi sendiri? kesian adik..

Ya ALLAH besar dugaan mu untuk ku.. setiap malam kupanjatkan doa mohon dikuatkan semngat. aku harus bersabar tapi.. bila? suami ku jauh di Sarawak dan aku di sini.. pada siapa untuk aku nyatakan segala apa yang terbuku? dan sampai bila harus aku begini...????

malam.. hujan yang menemaniku.. terus hujan membasahi bumi... umpama hujan diluar.. hatiku turut dibasahi airmata. sesungguhnya aku terlalu sukar untuk meluahkannya.. HATIKU SUKAR UNTUK MENGERTI KINI...