KASIH YANG TERCIPTA ANTARA KITA

Wednesday, July 1, 2009

CORETAN BUAT SEMUA




HIMPUNAN ILMU YANG PERLU DI INGATI SEBELUM MEMULAKAN KELAS. KADANG-KADANG BANYAK GAK YANG LUPA. HUA..








DARI HATI YANG SEMAKIN RINDU





semalam adalah kenangan yang tak mungkin akan lupa. dari satu daerah ke satu daerah perjalanan ini dilalui. setiap kali merenung ke dasar hati tidak pernah kulupa rindu yang sering tercinta. hanya suara-suara di ingatan buat kasih yang semakin hilang kembali menebal. zaman yang penuh dengan hilai tawa bersama yang tiak pernah pudar.





pertama kali diri ini membawa sepasang kaki jauh merantau ke ibu kota. mendapat pendidikan di Fakulti Seni Persembahan, UiTM pada tahun 2000. belajar Diploma Seni Persembahan Penulisan Seni Layar bersama kawan-kawan yang datang dari pelbagai daerah.





Salam perkenalan yang menjalinkan satu perhubungan yang erat. namun tali yang tidak tersimpul mati terlerai. di kala konvokesyen 2004 adalah pertemuan terakhir.





Disember 2003 dikala teman-teman merantau mencari perkerjaan aku meneruskan perjuangan untuk mnebus kegagalan silam. aku mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dan Artistik dalam Seni Layar. 2007 aku mendapat Degree yang di idam-idamkan.





Tahun 2008 bertemu semula dengan kawan-kawan seperjuangan yang menukar bidang pendidikan di Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras. berhempas pulas untu segulung Diploma Perguruan Malaysia bagi membolehkan aku menjadi guru.





Kini aku guru di Sekolah Kebangsaan Gadong di Beaufort Sabah. dari berbekalkan semangat merantau seorang diri ke Negeri Di Bawah bayu. hanya ke tabahan yang menjadikan cinta yang semakin pudar kembali mekar.





kini setiap kali cuti sekolah tiba, bila berjauhan rasa rindu pada wajah-wajah comel murid-muridku sering bermain di ingatan. dan setiap kali ingin tidur aku pasti tertanya-tanya...


"ADAKAH AKU TELAH MENJALANKAN TUGASKU DENGAN BAIK..."

No comments: